|
|
St.Paul Youth Ministry Pengerusi George Augustine Timbalan Pengerusi Linah Judah Setiausaha Darcy Jamih Timbalan Setiausaha Sophia Andros Bendahari Maria Sadiah Philipus Timbalan Bendahari Christina Lasius Publisiti Schoffal @ Charles Moiji Valentino Hendricus Evalisalyne Bamye Marcella Michael Koir dan Muzik Arnold Markus Cornelius |
Life Camp merupakan program perkhemahan belia yang diilhamkan oleh En. William Gabriel Lusi, Pengerusi MPPK, Santo Paulus, Ulu Dusun. Program ini telah dianjurkan dengan kerjasama belia Katedral St.Mary, St.Mark, St.Paul, Ulu Dusun dan Our Lady of Fatima (OLOF). Life Camp ini dikendalikan dengan pendekatan bersepadu melibatkan empat komponen manusia yang menyentuh aspek – aspek kerohanian, mental, intelektual dan fizikal.
Life Camp telah diadakan pertama kalinya selama 4 hari 3 malam pada 24 September sehinggalah 27 September 2009 bertempat di Gereja St.Paul, Ulu Dusun yang mana penyertaannya adalah khusus untuk para fasilitator. Ini adalah untuk menguji keberkesanan program yang dirancang, mempersediakan diri dengan informasi mengenai remaja, mengeratkan persahabatan dan memantapkan semangat berpasukan agar dapat menjadi fasilitator yang bertenaga dan bersemangat untuk bekalan penganjuran Life Camp tahun hadapan.
Program yang dirancangkan bersama memang bukan alang-alang. Semuanya ‘back to basic’! Semua bakal fasilitor tidur dalam khemah dan memasak dengan menggunakan kayu api. Bagi mereka yang tidak pernah melalui ini semua memang susah tetapi seronok. Aspek yang paling penting ialah - Keimanan, Kepimpinan dan Keharmonian alam sekitar (3K). 3K ini menunjukkan bahawasanya program Life Camp ini dianjurkan untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada para belia mengenai alam sekitar, pendedahan jatidiri agar dapat membina kepimpinan dalam diri peserta dan menerapkan program kerohanian agar iman diperkuatkan dan pada masa yang sama memantapkan semangat berpasukan.
Life Camp dimulakan dengan pendaftaran pada hari pertama disusuli dengan suai – kenal, program ‘Angel & Master’, Ice Breaking dan Misa Kudus Pembukaan oleh Fr.Paul Lo. Dalam homili Fr.Paul Lo, beliau menegaskan bahawa belia-belia yang menyertai Life Camp perlu menjadi belia yang baru dalam Yesus Kristus. Beliau juga menjelaskan yang belia ini adalah "AGEN PENGHARAPAN DUNIA" seperti yang diwar-warkan dalam World Youth Day di Sydney, Australia tahun lepas. Ini adalah kerana manusia diselamatkan oleh harapan. Dari aspek alam sekitar, Fr. Paul Lo menasihati semua belia yang hadir agar mengasihi dan melindungi kehijauan alam sekitar yang telah diciptakan oleh Tuhan untuk kita.
Seramai 39 belia dan 11 belia urusetia yang mengikuti program ini dan telah membentuk empat kumpulan : TUHAU, NATURE FC, YESUS POKOK (dan kita lah cabangnya) dan KURAP. Kumpulan – kumpulan ini semangat dengan yell masing – masing. Perkhemahan ini juga disertai oleh Sr.Lilian Unsoh selaku pembimbing sepanjang program ini dan beberapa ahli Team Penggerak Belia (TPB) sebagai pemerhati dan peserta.
Hari Ke- 2 ‘Saya dan Alam Sekitar’, para peserta dapat belajar bagaimana diri mereka disatukan dengan alam sekitar. Para peserta akan bersiap sedia seawal jam 5.00 pagi untuk mengikuti doa pagi secara ‘Body Prayer’. Yang penting kami benar – benar dapat merasakan kehadiran Tuhan dengan menghirup udara segar , mendengar kicauan burung-burung dan merasakan angin yang sejuk diawal pagi. Kami juga mengikuti program ‘Jom Masuk hutan’ di Hutan Pertanian Ulu Dusun dimana kami telah diperkenalkan dengan Saudara Henrikus. Setiap peserta diberi sepohon anak pokok mengkudu untuk di tanam dan yang paling bestnya ialah pohon yang kami tanam itu ada tanda nama kami masing-masing. Tidak sabar pula mahu melihat kembali pokok kami itu tahun depan.
Dengan bimbingan Sr.Lilian Unsoh, kami di bawa untuk menyelami erti ‘Pohon kehidupan’. Program ini berkait rapat diantara aktiviti perjalanan kami dalam hutan dan kehidupan kami. Setiap peserta diminta untuk melukis ‘pohon kehidupan’ masing – masing dan mengongsikan makna pohon kehidupan itu dalam kumpulan masing – masing. Yang jelas setiap peserta menpunyai latar belakang kehidupan yang berbeza-beza. Ada yang datang dari ‘broken family’, ada yang datang dari keluarga yang baik, ada yang datang dari keluarga kristian yang aktif tetapi salah seorang keluarga masih percaya pada ‘azimat’ dan sebagainya. Inilah yang dikatakan realiti kehidupan. Namun masalah ini tidak terpancar diwajah mereka. Mereka menyertai Life Camp ini dengan penuh kegembiraan, penuh semangat dan ingin dibaharui. Belia baru, belia hidup! Pada malamnya Sr. Lilian membawa kami kembali semula ke hutan dan mengaitkan perjalanan kami itu dengan “pohon kehidupan” menerusi ‘tidur terbimbing’…memang tidur terbimbing betul – betul kami.
Selain itu Fr. Paul Lo juga ada memberi perkongsian beliau yang mana lebih menjurus kearah alam sekitar dan topik yang menjadi fokus utama adalah mengenai ‘Global warming’. Ia merupakan isu semasa yang hangat dan sedang dihadapi oleh dunia. Sekiranya isu ini tidak diendakan maka dunia kita akan tenggelam. Apa yang menarik adalah Fr. Paul Lo dalam pengongsiannya menyedarkan kami bahawa manusia didunia ini bukan tuan kepada tanah tetapi Tuhan. Manusia hanya menjadi “Manager” yang mengurus dan menjaga tanah ini agar subur dan menghasilkan buah agar dapat dituai untuk memenuhi keperluan manusia. Beliau juga mencabar para belia agar berani untuk tampil kehadapan menyelamatkan dan melindungi alam sekitar – contoh: Janakuasa arang batu. Nah! Sememangnya inilah yang kami perlu, belia perlu tahu, tiada alam sekitar maka hancurlah dunia kita.
Hari ke – 3 ‘Am I Tough Enough’, membawa para peserta ke aktiviti lasak yang tujuannya adalah untuk mengbina sifat jatidiri dalam diri peserta. Dengan bimbingan Saudara Paulinus Anak dan Saudara John para fasilitator dibawa untuk ‘warming up’ ala – ala tentera sebelum aktiviti ‘Task Force’. Pada awal aktiviti itu para peserta dalam kumpulan dibawa masuk berjalan diatas jalan yang baik, sejurus selepas itu setiap kumpulan dibawa merempuh lalang-lalang tinggi , baring atas lalang, bergolek atas lalang, sempat lagi disengat lebah dan akhirnya melakukan aktiviti ‘ala-ala komandor’. Penat jugalah. Tapi kesannya pada akhir aktiviti ini amat bermakna dimana Saudara Paulinus mengaitkan aktiviti ‘Task Force’ dengan realiti kehidupan. Dalam renungan yang diberi, beliau menjelaskan kehidupan manusia diwaktu kanak –kanak adalah ditahap yang selamat dan dijaga akan tetapi semakin manusia membesar dan menjadi dewasa kehidupan semakin sukar dan manusia perlu menentukan jalan kehidupan sendiri.
Aktiviti sebelah petangnya adalah program “Expresi Belia” – debat belia. Nah ini barulah debat belia yang original. Tidak ada pengenalan rasmi seperti ini: “berdirinya saya disini….” Tidak ada! Dijamin keasliannya, perdebatan yang penuh isi, mantap dan semua peserta mengambil bahagian termasuklah peserta yang menonton. Setiap kumpulan diberi pilihan wang, keluarga, kawan dan gereja. Mereka perlu pilih mana antara pilihan tadi penting dalam kumpulan mereka. Setiap pilihan dibawa dalam perbincangan kumpulan dan hasilnya akan diperdebatkan. Sungguh – sungguh expresi belia. Bak kata Sr.Lilian Unsoh “ inilah yang dikatakan belia hidup!”. Masing – masing mempertahankan pilihan masing sehinggakan kehidupan santo-santo dijadikan rujukan dan contoh dalam perdebatan mereka. Kesimpulannya, belia kita memang tidak kurang ilmu kerohanian didada dan Sr. Lilian Unsoh merumuskan bahawasanya semua pendapat yang disampaikan tiada yang salah yang penting adalah diri sendiri untuk menentukannya.
Pada sebelah malamnya, program diteruskan dengan sesi perdamaian. Sesi ini dimulakan dengan doa rosari yang istimewa iaitu doa secara menyalakan lilin yang sehingga terbentuknya satu rosari yang lengkap. Yang mencabarnya adalah doa rosari ini dilakukan diluar gereja dan kami terpaksa berhadapan dengan angin. Melihat kepada keadaan itu para peserta secara lansungnya masing –masing melindungi lilin itu agar tidak terpadam, bayangkan apa yang berlaku pada masa itu benar – benar memberi impak terhadap diri peserta. Salah seorang dari peserta itu mengongsikan bahawa cahaya lilin ini melambangkan belia –belia yang perlu dijaga agar terus memberi cahaya kepada belia-belia yang jauh dari Tuhan Yesus.
Sejurus selepas itu, progam ‘angel dan master’ diadakan. Dalam program ini peserta akan mengetahui siapakah angelnya dan siapakah masternya. Selesai sahaja aktiviti itu, expresi belia diteruskan dengan acara “Malam Seribu Kenangan”. Kumpulan Tuhau – lakonan 5 minit, Kumpulan Kurap – Rock ‘n’ Roll, Kumpulan Nature FC – Dikir Barat dan Kumpulan YESUS POKOK (dan kitalah cabangnya) – Joget. Persembahan malam itu sangat - sangat kreatif dan sangat menghiburkan. Yang jelas disini para peserta sudah tidak malu dan mencuba sebaik mungkin untuk membuat persembahan yang mantap. Keadaan lebih ‘hidup’ apabila “Malam Seribu Kenangan” ini diadakan dipadang St.Paul, dibawah bintang – bintang dan mengelilingi unggun api.
Pada hari ke-empat, Life Camp dimulakan dengan doa pagi, senaman dan Misa Kudus. Para peserta ditugaskan untuk mengendalikan misa tersebut dan yang pastinya misa diakhiri dengan nyanyian koir yang bertenaga dan pemberkatan peserta oleh Fr. Thomas Makajil. Sejurus selepas Misa Kudus para peserta bersama Fr.Thomas Makajil dan umat bersama –sama menjamu selera didewan St. Paul. Program diteruskan dengan upacara penyampaian sijil, mengimbas kembali perjalanan peserta sepanjang program dan diakhiri dengan personal sharing dari peserta.
Deacon David A. Garaman 31hb Dec 2010, Jumaat St Dominic Church Lahad Datu 10.00am |
ST PAUL YOUTH ULU DUSUN SANDAKAN Copyright © 2008 | Webpage Designed by Schoffal @ Charles Moiji | Supported by Google Blogger | Guestbook |
0 Comments:
Post a Comment
<< KEMBALI KE HALAMAN UTAMA >>