Music camp yang dibuat daripada 12-14 Jun mendatangkan satu semangat yang baru kepada peminat-peminat muzik terutamanya daripada golongan-golongan belia. Music camp and Concert anjuran daripada YMM (Youth Music Ministry) lebih menekankan penglibatan belia dalam muzik terutamanya music inspirasi dan penghayatan music. Dihadiri oleh belia daripada St Mary sendiri, St Mark, OLOF beluran, St Paul Ulu Dusun dan belia daripada St Dominic Lahad Datu. Biarpun penyertaan belia kurang sedikit terutamanya daripada outstasi, ia bukanlah menjadi satu penghalang kepada penganjur dalam melaksanakan misi Yesus dan sekaligus menjayakan camp and concert ini dengan baik sekali.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti Music healing yang mana belia mendengar dan menghayati music secara senyap melalui hati dan sanubari mereka dan penempuan kepada music yang boleh membantu dalam menenangkan jiwa dan membebaskan segala masalah dan tekanan dalam diri belia masing-masing. Kitchen Band yang mana membawa belia untuk mengunakan sebarang alatan atau benda-benda disekeliling untuk menghasilkan satu tune music. Treasure Hunt yang mana membawa belia kepada input kerjasama diantara ahli kumpulan dalam pencarian wajah Yesus. Selain daripada itu, program Talk yang diberikan oleh speaker-speaker yang dijemput. Pada malam 13hb Jun, program yang ditunggu oleh belia iaiut Y2J concert (praise and worship) yang diselanggarakan oleh YMM. Rev Fr Thomas M dan ibubapa serta kawan-kawan turut hadir dalam menjayakan concert ini. Praise the Lord.
Pada hari terakhir camp, terdapat beberapa orang belia daripada St Paul yang terpaksa balik lebih awal kerana menguruskan Misa di St Paul Ulu Dusun. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa orang belia St Paul yang masih mengikuti program camp ini sehingga habis. Thank you Lord..
God Bless.
posted by Youth Of Generation at
3:52 PM
0 Comments:
Post a Comment
<< KEMBALI KE HALAMAN UTAMA >>