16 August 2009 (Ahad), St Mary Sandakan. Sambutan hari paroki (Parish Day) yang bermula pada jam 7.00pm dengan dihadiri oleh semua umat. Doa pembukaan oleh Bishop Julius Gitom sebagai bermulanya majlis secara rasmi. Sambutan di adakan di Dewan St Mary. Kehadiran umat yang begitu ramai sangat-sangatlah tidak di jangka terutamanya kepada pihak penganjur. Anna dan Topo menjadi tulang belakang kepada anjuran hari paroki ini yang mana telah dilantik menjadi Ahli jawatankuasa perayaan. Agihan makanan secara pot luck. Makanan pun begitu banyak sampai tidak cukup meja hehe.. St Paul Ulu Dusun membawa daging babi masak kicap 9 kilo.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti persembahan-persembahan daripada semua kumpulan dan wakil-wakil gereja seperti TRBR, OLOF Beluran, St Paul Ulu Dusun, Chinese Group, Timor, Kanak-kanak sekolah minggu, Philipines Group dan sebagainya. Persembahan daripada wakil St Paul ialah Kitchen Band yang mana menggunakan barang-barang dapur dan sebagainya sebagai alat muzik. TRBR, Group Phil dan Timor membuat persembahan tarian moden. Tarian "Jai Ho" yang dipersembahkan oleh group Phil begitu menarik sekali. Selain daripada itu juga, cabutan tiket bertuah juga dijalankan untuk mengumpul dana. Pembelian kupon RM2 untuk mendapatkan sebotol air mineral dan kupon tersebut menjadi no tiket bertuah kepada pembeli. Saya dan Rica dapat hamper tiket bertuah tapi tidak tahu selepas itu masih ada pemenang daripada ulu dusun atau tidak, sebab masa itu sibuk mengambil gambar di luar.
Akhir sekali, majlis tamat dengan doa penutup oleh Bishop Julius Gitom pada sekitar jam 10.00pm.
posted by Youth Of Generation at
9:17 AM
0 Comments:
Post a Comment
<< KEMBALI KE HALAMAN UTAMA >>