OLOF Beluran, 1-2 Mei 2010. Kaamatan Peringkat paroki 2010 kini dijalankan di gereja OLOF Beluran bermula daripada 1hb hingga 2hb Mei. Pada tahun ini, OLOF yang telah dipilih menjadi tuan rumah untuk melaksanakan kaamatan peringkat paroki kali ini.
Pada hari pertama kaamatan ini, program sukaneka telah diadakan sepanjang hari bagi kesemua perwakilan gereja-gereja katolik di sekitar paroki Sandakan ini. Antara sukaneka yang diadakan ialah Rampanau, momolistik, menyumpit, marambit, tarik tali, selipar gergasi, lumba lari dan sebagainya. Acara yang menjadi keminatan ramai ialah tarik tali dan merambit. Kaamatan sukaneka ini bertambah meriah lagi apabila setiap pasukan bersorak menyokong perwakilan gereja masing-masing. OLOF telah mencipta kemenangan besar sebagai tuan rumah pada tahun ini. Tahniah diucapkan!
Selain daripada itu, terdapat gerai-gerai makanan yang didirikan khas untuk umat dan pelawat-pelawat daripada luar gereja OLOF.
Pada hari kedua kaamatan, majlis kemuncak kaamatan telah dilangsungkan selepas sahaja misa kudus selesai. Dalam majlis ini, semua gereja menghantar perwakilan untuk membuat persembahan dan menjadi ahli Koir Gabungan. Pada kali ini, belia St Paul telah membuat persembahan morobuat.
Upacara majlis ini telah diakhiri dengan doa penutup oleh Rev Fr Thomas Makajil. Tuan rumah untuk kaamatan paroki pada tahun hadapan akan dilangsungkan di gereja St Paul Ulu Dusun.
posted by Youth Of Generation at
3:15 AM
0 Comments:
Post a Comment
<< KEMBALI KE HALAMAN UTAMA >>