St Mary Sandakan: Menjadi satu berita baik kepada seluruh umat Katolik di Diosis Sandakan yang mana Pentahbisan Diakon Seminarian David Aloysius Garaman yang akan dilangsungkan pada malam ini bersamaan dengan tarikh hari ini 19hb Mac 2010 bertempat di Katedral St Mary.
Beliau adalah merupakan calon pertama yang akan ditahbiskan sebagai Diakon di Diosis ini dan menjadi satu sejarah lagi kepada Diosis
Sandakan.
Mari kita mengenali serba sedikit mengenai Sem. David Aloysius Garaman
Biodata
Nama : David Aloysius Garaman
Tarikh Lahir : 15hb Julai 1976
Tempat Lahir : Lahad Datu, Sabah
Tarikh Memasuki Seminari
1. Pembentukkan awal - CDC (2002)
2. Tahun Inisiasi - IY Kota Kinabalu (2003)
3. Seminari Tinggi St. Peter's College - Kuching (2004 - 2009)
Pembentukkan Pastoral
1. Pelayanan Belia : Gereja St. Michael, Kg. Sudoh, Bau, Kuching (2006)
2. Katedral Hati Kudus, Kota Kinabalu (Feb - Mei 2007)
3. Paroki St. Martin, Telupid (Feb - Mei 2008)
4. Paroki Holy Trinity, Tawau (Feb - Mei 2009)
5. Katedral St. Mary, Sandakan (Sekarang)
Sedikit perkongsian daripada Sem. David
Pujian dan syukur kepada Tuhan atas rahmat yang saya terima selama berada di seminari. Masa itu sememangnya saat perjalanan bersama Yesus. Dalam perjalanan itu, saya melalui banyak cabaran dan dugaan tetapi yang penting sekali di situ jugalah saya menemui keyakinan kekuatan, harapan dan jawapan dalam panggilan kepaderian ini melalui Yesus Gembala Baik. Adalah benar sekali apabilan Tuhan memanggil, Dia tidak akan meninggalkan kita. Apa yang diperlukan adalah PERCAYA dan KEBERANIAN. Sentiasa fokus pada Yesus sebab Dialah sumber dan model seorang paderi yang benar. Kepada mereka yang mahu mencari jawapan pada banyak persoalan tentang kehidupan, cari Yesus dahulu dan yang lain akan menyusul. Tuhan memberkati anda semua.
Marilah kita bersama-sama menyokong dan mendoakan perjalanan beliau.
posted by Youth Of Generation at
9:49 PM
0 Comments:
Post a Comment
<< KEMBALI KE HALAMAN UTAMA >>