Pada 31 Disember 2008 yang lalu, umat-umat kristian di sekitar Ulu Dusun, Sandakan telah merayakan sambutan penutupan krismas bagi gereja-gereja di sekitarnya (Interchurch Christmas 2008).
Antara gereja-gereja yang mengambil bahagian terdiri daripada dominasi katolik (St. Paul), Anglikan, SIB dan SDA. Sambutan ini yang diadakan setahun sekali telah tertangguh selama 2 tahun. Namun setelah beberapa pertemuan dibuat untuk membincang perkara tersebut, semua perwakilan sepakat untuk menjayakannya. Dimana gereja yang menjadi tuan rumah pada kali ini, adalah gereja dari dominasi SDA.
Acara bermula pada jam 5 petang dimulai dengan nyayian lagu-lagu pujian oleh gereja SDA, ucapan dan kotbah ringkas dari Pastor Yuri dan seterusnya acara kemuncak nyayian persembahan lagu-lagu krismas karoling dari setiap gereja.
Bagi gereja St. Paul Ulu Dusun, telah menyanyikan persembahan lagu krismas secara “Acapella” dan lakonan ringkas sempena kelahiran Yesus.
Acara diakhiri dengan doa penutup yang dipimpin oleh Pastor SIB dan jamuan makan malam dibuat secara “Pot Luck”
Kesimpulan daripada sambutan penutupan krismas ini adalah “kita adalah satu di dalam Kristus” walaupun berlainan dominasi. Semua wakil berharap supaya sambutan seumpama ini dapat diadakan bukan hanya setakat di dalam gereja, namun di luar gereja seperti acara sukan dan sebagainya. Dengan ini ianya dapat mengeratkan lagi perhubungan silaturahim antara umat-umat kristian di sekitar Ulu Dusun ini.
Sophia / Schoffal, St Paul Ulu Dusun
Labels: interchurch ulu dusun 2008
posted by Youth Of Generation at
1:22 AM
0 Comments:
Post a Comment
<< KEMBALI KE HALAMAN UTAMA >>