Pada 21hb September 2008, mesyuarat gabungan gereja St Paul (KUK, KIK dan Youth) di mini dewan gereja bagi membincangkan sambutan perayaan 4 dalam 1 untuk ulangtahun pentahbisan Bishop Julius Gitom, ulangtahun kelahiran Bishop Julius Gitom, ulangtahun diosis sandakan dan kesyukuran untuk pelajar sambut baru.
Mesyuarat sebulat suara telah memilih tarikh 19hb Oktober 2008 sebagai tarikh sambutan perayaan tersebut. Namun begitu, dua minggu selapas daripada tarikh tersebut, Bishop Julius Gitom memberitahun kepada Pengerusi KUK bahawa tarikh tersebut (19hb Oct 2008) sebagai tarikh pelancaran gereja St Paul Ulu Dusun sebagai Pusat Penziarahan sempena Tahun Santo Paulus (Pilgrimage Center for Year of St Paul) bagi keuskupan di Sabah.
Oleh kerana, berita yang begitu mengejutkan sedikit kepada semua AJK gereja St Paul, persediaan dan komitmen semua AJK amatlah diperlukan masa itu. Selaras dengan persediaan pelancaran tersebut, AJK untuk tahun Santo Paulus di Gereja ini telah dibentuk yang mana Rev. Fr Paul Lo dan juga Rev Fr Thomas telah banyak membantu dalam pembentukkan dan persiapan menjelang pelancaran pusat ziarah St Paul. Pengerusi yang telah dipilih ialah En Nicholas Molijol.
Misa Pelancaran St Paul sebagai pusat ziarah
Tarikh : 19hb Oktober 2008
Masa : 10am
posted by Youth Of Generation at
11:13 PM
0 Comments:
Post a Comment
<< KEMBALI KE HALAMAN UTAMA >>