OLOF Beluran, 1-2 Mei 2010. Kaamatan Peringkat paroki 2010 kini dijalankan di gereja OLOF Beluran bermula daripada 1hb hingga 2hb Mei. Pada tahun ini, OLOF yang telah dipilih menjadi tuan rumah untuk melaksanakan kaamatan peringkat paroki kali ini.
Pada hari pertama kaamatan ini, program sukaneka telah diadakan sepanjang hari bagi kesemua perwakilan gereja-gereja katolik di sekitar paroki Sandakan ini. Antara sukaneka yang diadakan ialah Rampanau, momolistik, menyumpit, marambit, tarik tali, selipar gergasi, lumba lari dan sebagainya. Acara yang menjadi keminatan ramai ialah tarik tali dan merambit. Kaamatan sukaneka ini bertambah meriah lagi apabila setiap pasukan bersorak menyokong perwakilan gereja masing-masing. OLOF telah mencipta kemenangan besar sebagai tuan rumah pada tahun ini. Tahniah diucapkan!
Selain daripada itu, terdapat gerai-gerai makanan yang didirikan khas untuk umat dan pelawat-pelawat daripada luar gereja OLOF.
Pada hari kedua kaamatan, majlis kemuncak kaamatan telah dilangsungkan selepas sahaja misa kudus selesai. Dalam majlis ini, semua gereja menghantar perwakilan untuk membuat persembahan dan menjadi ahli Koir Gabungan. Pada kali ini, belia St Paul telah membuat persembahan morobuat.
Upacara majlis ini telah diakhiri dengan doa penutup oleh Rev Fr Thomas Makajil. Tuan rumah untuk kaamatan paroki pada tahun hadapan akan dilangsungkan di gereja St Paul Ulu Dusun.
posted by Youth Of Generation at
3:15 AM
Mini Dewan St Paul Ulu Dusun, 18 April 2010. Meeting lanjutan Life camp.
posted by Youth Of Generation at
10:48 AM
St Paul Ulu Dusun, 11 April 2010. Sambutan Ulangtahun Kerasulan Wanita Katolik St Paul Ulu Dusun telah diadakan selepas sahaja Misa yang diselebrankan oleh Fr Paul Lo. Serentak dengan itu, misa pengutusan untuk kumpulan Kerasulan Wanita Katolik Ulu Dusun juga dijalankan.
Selain daripada itu, jamuan perpisahan dengan Fr Paul Lo juga dibuat bersama-sama sambutan ulangtahun ini. Fr Paul Lo yang suda begitu lama melayani di Paroki Sandakan kini telah menyambungkan pengajian beliau ke Rome. Dan beliau akan terus berpindah ke Diosis KK selepas sahaja tamat pengajian beliau.
Belia terlibat dalam persembahan dan memberi cenderakenagan kepada KWK yang mana telah banyak membantu dalam pelayanan belia St Paul Ulu Dusun.
posted by Youth Of Generation at
10:05 AM