Thursday, December 23, 2010
Jemputan Fellowship bersama uskup Julius Gitom
Semua umat djemput hadir ke fellowship Krismas dengan Uskup Julius Gitom di Dewan Paroki St. Mary pada;
Tarikh: 26hb Dis 2010
Masa : 10.30 pagi hingga 1.00 ptg
Sila hebohkan kpd ahli-ahli KKD , komiti dan kumpulan serta umat jelata. Tunjukan kesatuan dan kemesraan kita.
Regards,
Schoffal @ Charles Moiji
013-8991068
By BlackBerry® Mail services
posted by Youth Of Generation at 12:00 AM
Wednesday, December 22, 2010
Program Penyampaian Bantuan Sempena Hari Krismas
Ulu Dusun, 23hb Dis 2010 (Khamis), Program penyampaian Bantuan sempena hari Krismas 2010 telah diadakan bersama-sama dengan kehadiran YB Datuk Hj. Zakaria bin Hj Mohd Edris Adun N41 Gum-Gum.
Buat julung-julung kalinya, acara yang bermula daripada jam 11.00am telah dihadiri oleh masyarakat daripada semua kawasan berdekatan termasuk kawasan Kg Tagas dan Rancangan Sungai Kapur. Sekurang-kurangnya, seramai 200 orang yang telah menghadiri majlis ini bagi menyaksikan program bersama rakyat oleh YB Datuk Hj Zakaria.
Objektif utama program ini adalah penyampaian bantuan dan sumbangan oleh YB Datuk Hj Zakaria kepada masyarakat berpendapatan rendah.
Regards,
Schoffal @ Charles Moiji
013-8991068
By BlackBerry® Mail services
posted by Youth Of Generation at 8:27 PM
Tuesday, December 21, 2010
Persiapan Krismas
Hari ini, bersamaan dengan 21hb Dec 2010, bermula la suda persiapan untuk sambutan krismas di gereja St Paul. PYA St Paul telah diberi tugas oleh pihak KUK dalam mengendalikan perhiasan dalaman gereja. Selain itu, PYA juga diarahkan menghias lampu sepanjang jalan ke gereja.
Selepas sahaja perhiasan dibuat, belia terus mengadakan latihan persiapan koir untuk malam krismas, pagi krismas, pesta keluarga kudus dan tahun baru. Dalam kesempatan ini juga, latihan koir untuk perkahwinan pada 28hb dan 30hb Disember ini juga turut dibuat serentak.
Latihan bermula hari ini hingga 23hb Disember ini. Setiap malam daripada jam 7.00pm hingga 10.00pm. Kepada belia-belia yang ingin datang adalah dijemput.
Regards,
Schoffal @ Charles Moiji
013-8991068
By BlackBerry® Mail services
posted by Youth Of Generation at 7:13 AM
Lawatan terakhir krismas karoling
Lawatan terakhir di kediaman En Nicholas M. KKD St Markus :-)
Regards,
Schoffal @ Charles Moiji
013-8991068
By BlackBerry® Mail services
posted by Youth Of Generation at 3:18 AM
Monday, December 20, 2010
Selamat menyambut hari Krismas
Regards,
Schoffal @ Charles Moiji
013-8991068
By BlackBerry® Mail services
posted by Youth Of Generation at 11:31 PM
Krismas terbuka 1Malaysia di Kinabatangan
Regards,
Schoffal @ Charles Moiji
013-8991068
By BlackBerry® Mail services
posted by Youth Of Generation at 7:45 AM
Krismas terbuka 1Malaysia di Kinabatangan
Kota Kinabatangan, Isnin, 20hb Disember 2010, sambutan krismas terbuka 1Malaysia telah diadakan di dewan Sri Lamag Kinabatangan bersama-sama dengan masyarakat daripada pelbagai kaum dan agama sekitar kinabatangan.
Acara sambutan ini bermula pada jam 7pm. Kehadiran orang ramai dianggarkan lebih kurang 500 orang yang telah berhimpun bagi menjayakan lagi sambutan ini. Tidak ketinggalan juga umat daripada St Paul Ulu Dusun Sandakan yang mana telah dijemput bagi memeriahkan lagi suasana.
Antara susunan program sambutan ini, ucapan daripada YB Masiung Banah Adun Kuamut, ucapan YB Datuk Saddi Abdul Rahman Adun Sukau, pemberian penghargaan kepada tetamu kehormat, persembahan lakonan, tarian tradisional magalai dan tarian moden, persembahan koir-koir daripada gereja-gereja dan juga persembahan nyayian solo.
Regards,
Schoffal @ Charles Moiji
013-8991068
By BlackBerry® Mail services
posted by Youth Of Generation at 5:38 AM
Lawatan Krismas karoling 2010
Lawatan krismas karoling di kawasan semua KKD St Paul Ulu Dusun Sandakan suda pun dilaksanakan bermula daripada 6hb hingga 19hb Dec 2010 ini. Tempoh lawatan karoling kali ini merupakan lawatan yang paling cepat disebabkan kebanyakkan lawatan adalah secara berkumpulan melalui kumpulan KKD. Antara kawasan yang dilawat ialah kawasan batu 18, batu 25, batu 27, batu 28, batu 29, batu 30 (kawasan gereja lama, kawasan gereja baru, Artisan line, rumah staff, resthouse), batu 31.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kawasan yang tidak dapat dilawat pada kali ini atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan lagi. Antaranya kawasan batu 32, memanjang dan Sakilan Desa. Pihak belia gereja memohon maaf atas ketidak hadiran para koir karoling. Kemungkinan besar proses lawatan akan dilaksanakan selepas krismas kepada kawasan-kawasan yang belum dilawat.
Regards,
Schoffal @ Charles Moiji
013-8991068
By BlackBerry® Mail services
posted by Youth Of Generation at 2:11 AM
Sunday, December 19, 2010
Program pendedahan sukan memanah dan boling padang bersama pemberian derma oleh YB Datuk Peter Pang
Sandakan, 17 Disember 2010, satu program pendedahan sukan daripada kementerian belia dan sukan bersama PYA Sandakan julung kalinya telah diadakan di Kompleks Sukan Sibuga Sandakan bersama pemberian derma oleh YB Datuk Peter Pang dengan kehadiran ahli-ahli paroki gereja St Mary dan belia-belia paroki. Program ini yang mana telah dihadiri oleh belia sekurang-sekurang seramai 50 orang belia telah memberi nafas kepada sukan yang jarang-jarang sekali diminati oleh belia kini terutamanya sukan memanah (Archery) dan Lawn Bawl (Boling padang). Datuk Peter Pang yang mana telah menyatakan dalam ucapan beliau akan keprihatinan beliau terhadap sukan ini yang mana sangat memerlukan penyertaan belia-belia kini sebagai peneraju kepada sukan ini selaras dengan matlamat kementerian sukan dan belia bagi memajukan lagi sukan ini. Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada sukan memanah (Archery). Dalam aktiviti ini, para belia diberi sedikit tunjuk ajar dan juga berpeluang untuk mencuba sendiri sukan memanah ini. Ketibaan Rev Fr Thomas Makajil telah memeriahkan lagi suasana apabila Rev Fr Thomas sendiri telah mencuba sukan memanah ini dengan disertai oleh YB Datuk Peter Pang. Seterusnya, selepas satu jam kemudian, para belia diberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman mengenai teknik kemahiran dan strategi sukan boling padang (Lawn Bawl) di gelanggang boling padang Kompleks sukan. Di sini, para belia turut digalakkan untuk menyokong dan menyertai sukan ini kerana sukan ini berpotensi sekali untuk maju di Sabah. Penyertaan belia amat mengalakkan untuk sukan ini kerana, kesemua belia terlibat dalam sesi latihan sukan ini pada waktu tersebut. Kosentrasi dan fokous begitu nampak sekali disetiap raut wajah belia apabila pengenalan dan tunjuk ajar mengenai teknik dan cara bermain oleh jurulatih-jurulatih sukan ini. Dalam kenyataan puan Jenny yang merupakan salah seorang jurulatih sukan ini, percaya belia akan meminati sukan ini dalam segenap masa lagi. Selepas sahaja program pendedahan kepada sukan ini, kesemua pelawat telah dihidangkan dengan minuman petang. Dan seterusnya upacara penutupan dan pemberian derma oleh YB Datuk Peter Pang. Beliau sekali lagi menyatakan dalam ucapan beliau bahawa pergerakkan belia adalah amat penting untuk masa hadapan. Selaras dengan pembangunan ekonomi yang pesat, belia juga merupakan salah satu aset penting dalam menjayakannya. Beliau berharap, dengan pemberian derma ini kepada badan belia (PYA), sedikit sebanyak dapat membantu dan menyokong pergerakkan aktiviti belia. Saudara John Baptist yang mana telah menerima derma ini daripada YB Datuk Peter Pang telah menyatakan perasaan gembira beliau dan mengucapkan kata penghargaan kepada YB Datuk Peter Pang dan saudara Peter Rajah yang berusaha menjayakan program ini. Dalam ucapan beliau, program ini yang julung kalinya diadakan bersama dengan kementerian belia dan sukan akan menjadi sejarah gereja. Beliau menyeru kepada belia agar dapat bersama-sama menjayakan segala aktiviti yang dianjurkan sebagai satu pembangunan kepada diri belia sendiri. Kemudian, diikuti dengan acara bergambar beramai-ramai dan juga sedikit pertemuan dan nasihat oleh YB Datuk Peter Pang kepada belia-belia di gelanggang boling padang. Schoffal/Joanne
Regards,
Schoffal @ Charles Moiji
013-8991068
By BlackBerry® Mail services
posted by Youth Of Generation at 4:20 PM
Friday, December 17, 2010
Steamboat time. Journey together as one :-)
Malam "steamboat time" bersama-sama belia St Mary dan juga belia SPC diadakan pada malam ini 17hb Dec 2010. Cristhy Casera yang mana menjadi admin kepada event ini melalui Facebook, telah mempromosikan "steamboat time" ini kepada semua belia-belia yang berminat untuk meluangkan masa bersama. "Malam yang paling best skali dan tdak akn d lupakan sbb first tym mkan steamboat bramai- ramai" Joel-st.mary - "Grreaat night with great friends! Siuuk! We are one as brother and sister in christ!" -Joanne-st.mary" "Have a great nyte with all of friends! It`s fun if we all gather again for da next tym yaaa! -Dynne-st.mary" "Syuuuuuuuukkkkk!! Dpt mkn smpai puas!! N dpt kumpul ramai2 ngan kwn2.. Hip hip hurray!! -Rachel-st.mary" Hye to nite was a great nite ever n dis event was totaly rock! -Ivy d'berry- "Yeeeeeehhhhhhhh hoorrrreeeeyyy, saya sebagai admin event ini berasa sangat gembira sebab event ini finally berjaya dan mendapat banyak support dari teman-teman yang tercinta. It was very very very happening night!!!!!!! Yeahhhhh :-) Stimbut is the best hahahahahahahaha" -Cristhy Casera- "This event rocks!! Its like a flash back of otai in the youth of sandakan. Who says last minute punya rancangan tidak boleh jadi. Harap-harap next time ramai orang dapat join. Sandakan youth is always on steam. Walk the talk" -Nazialita Geynna- "Sy pn xtaw pa month ckp.. Speechless tp mmg best gilak la ni event. Jd yg brbs.. Huhu.. Youth rawks n god bless all." -Marcella saduis- "Mengeratkan ikatan persahabatan antara para belia pelbagai peringkat umur. Di mana perkongsian pengalaman secara tidak formal" -Timmy- "Happy.. Sebab kebanyakkan senior TRBR dapat berkumpul. Next time kita buat lagi. Lastly, all for love, love for all" -Miriam Lee- "Ngee.. X trkata sda., hahaa.. Siuk jgklh tlpa sgala prblem2.. Huhu.. Dpt jmpa yg jau2 g.. Haha.. It was wnderful 2nite !! KkkeeeehhhhhAaaaaa:)" - Iva - "Sy knyng bh nhe .. Trus ngantuk nhe .. Sdap jgak lar .. Thanks ar net .. Huhay .. Sdapp owh .. Ngee adaitoO .." _nOt2_ "Huh., syukur la kpda tuhan ., tmakan jgak nie mlm ,. Spatut nya x mkn mlm bh nie ., tp anyway thnx sma yg blanja mkn boh ., gb us all .." (Yg bnar, yeyen) huhah! "Gud Gud Gud" -Net-
Regards,
Schoffal @ Charles Moiji
013-8991068
By BlackBerry® Mail services
posted by Youth Of Generation at 8:38 AM
Thursday, December 16, 2010
Update status
Update status di blog ini kini dibuka melalui penghantaran email. Kepada sesiapa yang ingin memberi sebarang maklumat mengenai aktiviti belia PYA SPC, boleh la terus menghubungi admin di email: schoffal@live.com dan hp: 0138991068.
Regards,
Schoffal @ Charles Moiji
013-8991068
By BlackBerry® Mail services
posted by Youth Of Generation at 10:13 PM
Sunday, June 13, 2010
Kaamatan Peringkat Paroki 2010
OLOF Beluran, 1-2 Mei 2010. Kaamatan Peringkat paroki 2010 kini dijalankan di gereja OLOF Beluran bermula daripada 1hb hingga 2hb Mei. Pada tahun ini, OLOF yang telah dipilih menjadi tuan rumah untuk melaksanakan kaamatan peringkat paroki kali ini.
Pada hari pertama kaamatan ini, program sukaneka telah diadakan sepanjang hari bagi kesemua perwakilan gereja-gereja katolik di sekitar paroki Sandakan ini. Antara sukaneka yang diadakan ialah Rampanau, momolistik, menyumpit, marambit, tarik tali, selipar gergasi, lumba lari dan sebagainya. Acara yang menjadi keminatan ramai ialah tarik tali dan merambit. Kaamatan sukaneka ini bertambah meriah lagi apabila setiap pasukan bersorak menyokong perwakilan gereja masing-masing. OLOF telah mencipta kemenangan besar sebagai tuan rumah pada tahun ini. Tahniah diucapkan!
Selain daripada itu, terdapat gerai-gerai makanan yang didirikan khas untuk umat dan pelawat-pelawat daripada luar gereja OLOF.
Pada hari kedua kaamatan, majlis kemuncak kaamatan telah dilangsungkan selepas sahaja misa kudus selesai. Dalam majlis ini, semua gereja menghantar perwakilan untuk membuat persembahan dan menjadi ahli Koir Gabungan. Pada kali ini, belia St Paul telah membuat persembahan morobuat.
Upacara majlis ini telah diakhiri dengan doa penutup oleh Rev Fr Thomas Makajil. Tuan rumah untuk kaamatan paroki pada tahun hadapan akan dilangsungkan di gereja St Paul Ulu Dusun.
posted by Youth Of Generation at 3:15 AM
Saturday, June 12, 2010
Meeting Lanjutan Life Camp
Mini Dewan St Paul Ulu Dusun, 18 April 2010. Meeting lanjutan Life camp.
posted by Youth Of Generation at 10:48 AM
Sambutan Ulangtahun Kerasulan Wanita Katolik
St Paul Ulu Dusun, 11 April 2010. Sambutan Ulangtahun Kerasulan Wanita Katolik St Paul Ulu Dusun telah diadakan selepas sahaja Misa yang diselebrankan oleh Fr Paul Lo. Serentak dengan itu, misa pengutusan untuk kumpulan Kerasulan Wanita Katolik Ulu Dusun juga dijalankan.
Selain daripada itu, jamuan perpisahan dengan Fr Paul Lo juga dibuat bersama-sama sambutan ulangtahun ini. Fr Paul Lo yang suda begitu lama melayani di Paroki Sandakan kini telah menyambungkan pengajian beliau ke Rome. Dan beliau akan terus berpindah ke Diosis KK selepas sahaja tamat pengajian beliau.
Belia terlibat dalam persembahan dan memberi cenderakenagan kepada KWK yang mana telah banyak membantu dalam pelayanan belia St Paul Ulu Dusun.
posted by Youth Of Generation at 10:05 AM
Wednesday, March 31, 2010
Minggu Palma di Ulu Dusun
St Paul Ulu Dusun: 28 March 2010, Misa minggu Palma yang bermula pada pukul 11.00am telah diselebrankan oleh yang mulia Bishop Julius Gitom.
Kehadiran umat yang begitu ramai memeriahkan lagi suasana minggu palma ini. Pemberkatan daun-daun palma bermula daripada Mini Dewan St Paul dan kemudian perarakan bersama-sama umat ke dalam gereja.
Dalam homili Bishop, dia ada menceritakan serba sedikit mengenai belia-belia yang mana minggu palma ini merupakan sambutan hari belia sedunia. Penekanan kepada peranan belia merupakan satu aset penting kepada gereja seperti dalam menyampaikan firman Tuhan. Sebagai lambang kemenangan Yesus, belia-belia di sini turut memakai pakaian berwarna merah.
Selepas sahaja misa selesai, seperti biasa umat-umat akan makan tengahari bersama-sama Bishop.
posted by Youth Of Generation at 6:38 PM
|